gravatar

Salam Muhibah

Salam Muhibah.

Penubuhan weblog ini adalah untuk berkongsi pemikiran saya sebagai seorang ahli MCA yg ingin menyuarakan pendapat dan pandangan mengenai isu-isu semasa samada isu politik mahupun isu kemasyarakatan. Disamping itu , diharapkan bahawa weblog ini juga dapat menyumbang kearah anjakan paradigma penyokong-penyokong MCA dengan kritikan-kritikan membina yg mungkin diutarakan dari semasa ke semasa.
Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantaraan utama weblog ini bertujuan supaya masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat bukan-cina dapat memahami pemikiran dan dilema yg dialami oleh masyarakat Cina diMalaysia. Adalah diharapkan ianya dapat berfungsi sebagai satu jambatan agar masyarakat berbilang-kaum dapat memahami antara satu sama lain secara lebih mendalam seterusnya mengwujudkan tolenrasi yg lebih erat antara kaum.

Sorotan