gravatar

PM dari bukan-melayu ? kebarangkalian = 0 % .。。. 非马来人的首相?根本不可能!!

Masihkan saudara semua ingat kata-kata "indah" Tun Dr Mahathir pada 17 Jun 2000 di Perhimpunan Agung MCA yg ke-47 ?

Penipuan terang-terang yg disambut oleh perwakilan-perwakilan MCA yg singkat akal dengan memberi tepukan gemuruh...

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, suatu hari nanti jawatan Perdana Menteri akan disandang oleh orang keturunan Cina atau India iaitu apabila rakyat Malaysia tidak lagi dibelenggu soal perkauman.
Perdana Menteri menegaskan bahawa perkara itu hanya boleh berlaku sekiranya semua kaum terutama orang Melayu dapat menerima orang Cina, India atau bumiputera lain untuk menduduki jawatan tersebut.
Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja dan mereka dari apa jua keturunan termasuk bumiputera bukan Melayu berhak menjadi Perdana Menteri, yang tidak semestinya disandang oleh keturunan Melayu sahaja.Malah, Perlembagaan Malaysia, jelas beliau, tidak ada menyebut mengenai keturunan bagi melayakkan seseorang itu menjadi Perdana Menteri.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-47 di sini yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh ahli-ahli parti itu.

Ya.. memang saya sedikit kurang ajar kerana melabelkan mereka sebagai singkat akal , tapi pernahkah perwakilan-perwakilan ( termasuklah pemimpin-pemimpin MCA) membuat analisis dan memahami Perlembagaan Malaysia ?
Tahukah mereka bahawa salah satu tugas PM Malaysia ialah bertindak memberi nasihat dalam hal-ehwal agama kepada Duli Yg Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yg Di-Pertuan Agong ? Yakni , sebagai penasihat agama kpd Yg Di-Pertuan Agong.

Mana boleh seorang PM yg bukan-islam boleh menasihati Yg Di-Pertuan Agong dlm hal-ehwal agama Islam ?? Dalam erti kata lain , kita telah ditipu bulat-bulat oleh UMNO !!


Sorotan