gravatar

BA kalah sebelum perang.. 替阵: 未打先输

Gendang "peperangan" telah dipalu ,Semboyan perjuangan telah ditiup...
Maka, telah diumumkan ,hari penamaan calon utk p/raya ke-12 pada 24 Feb , dan hari pembuangan undi pada 8 Mac.

Pulau Mutiara , P. Pinang bakal menjadi medan pertarungan sengit antara BN dan DAP/PKR.
Apakah bakal akan kerajaan baru di P.Pinang , siapakah KM-nya nanti ?
Jika ditakdirkan BN menang tipis ( dimana Gerakan/MCA hilang banyak kerusi DUN ) , apakah UMNO akan menunjukkan sikap kerakusan utk menakluki satu-satunya kerajaan negeri yg bukan dibawah pegangan UMNO ?
Mungkinkah KM P.Pinang dari UMNO utk 2008 ???

Peringkat Persekutuan pula , usah bimbang usah takut , BN tentu memegang tampuk kuasa .
Apa tidaknya, DAP yang sebelum parlimen dibubarkan mempunyai 12 kerusi hanya berharap merangkul 30 hingga 40 kerusi sahaja. PAS pula hanya akan bertanding di 60 kerusi Parlimen.. Pada keseluruhannya pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS tidak menghasilkan jumlah minimum 148 kerusi untuk mencapai kemenangan 2/3 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Nampaknya , harapan utk harga petrol turun jika pakatan DAP-PKR_PAS memerintah tinggal harapan kosong saja lah !!

gravatar

Apakah yang harus dibimbangkan? Malaysia ialah kepunyaan semua. Sekiranya Gerakan ketandusan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, sepatutnya parti dalam komponen BN yang merangkus kerusi terbanyak patut memerintah. So - winner takes it all..simple isn't it?

gravatar

Faktor kekuatan BN adalah konsep perkongsian kuasa. Jika prinsip Winner takes All diamalkan , maka hancurlah masyarakat. Suara minoriti tentunya dilenyapkan dan tidak diendah langsung.

gravatar

Betulkah? Saya sangat berbesar hati.....kerana sudah tiba masanya untuk MCA dan Gerakan untuk memberikan peluang untuk DAP menerajui kerajaan....Jom Ubah!

Sorotan